IMP Community

August 20, 2009

kalau dah masak…

Filed under: General — Tags: , , , , , — mnour's IMPian @ 4:57 pm

karin siamMenunding kepada pengangguran dengan menyalahkan pelbagai ketidakcukupan dan ketidaksediaan pengganggur adalah satu kesilapan dan pandangan yang sempit. Gambaran sebenar yang berlaku ialah keadaan statik dan tidak bergeraknya rangkaian gunatenaga negara sedang berlaku kerana kejumudan tenaga kerja sedia ada.

Pengangguran bukan masalah penganggur, tetapi masalah penjawat-penjawat tersedia yang tidak membangun, berganjak dan merasa selamat serta takut mengambil risiko bekerja sendiri. Mereka terus mengisi dan beku di perjawatan sedia ada sejak tamat belajar dan menunggu sehingga pencen. Mereka yang telah sepatutnya mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang-bidang tertentu umpamanya pertanian, perdagangan dan lain-lain perlu meninggalkan jawatan tersebut dan mengorak langkah untuk bekerja sendiri. Sekali diamati, terasa malu kalau kita ingin menyalahkan penganggur sedangkan tidak disedari bahawa kejumudan itulah menyebabkan pengganggur tiada peluang.

Perubahan persekitaran adalah merupakan medan-medan pendidikan semulajadi. Di samping bekalan pendidikan rasmi, modal insan dapat mencapai kematangannya dengan pengisian kaedah mena’akul persekitaran dan cernaan pengalaman. Kesemua usaha pendidikan bukan semata-mata bergantung kepada aturan siasah yang ditentukan tetapi sejauh mana aqal manusia bersedia terdidik. Usaha memupuk budaya berfikir tidak boleh disekat dengan menjumudkan sudut pandangan gunatenaga sedia ada kepada kotak-kotak yang tidak wajar sehingga membantutkan pembangunannya.

Peluang pembangunan kerjaya dan usahawan di Malaysia amat memberangsangkan. Dengan perhatian daripada kerajaan dan tahap pengiktirafan dunia ke atas negara, tidak mustahil Malaysia boleh menjadi pemain dalam apa saja bidang ekonomi sama ada pasaran barang-barang atau perkhidmatan.

Masalah pokok kepada persoalan ini ialah tentang sikap sesetengah pihak yang berfikiran kolot dalam usaha melahirkan masyarakat yang matang dan bijak. Pandangan umum terhadap seseorang pekerja yang berkhidmat dengan sesebuah badan dan dalam masa yang sama menjalankan urusan atau perniagaan lain dianggap salah perlu diubah. Islam tidak pernah melarang umatnya berusaha malah menggalakkan terutamanya dalam perniagaan. Selama mana usaha atau pelaburan yang dijalankan tidak bercanggah dengan norma-norma yang digariskan oleh agama Islam, setiap individu bebas untuk berusaha meningkatkan mutu kehidupannya.

Oleh itu, seorang pekerja yang makan gaji boleh dan perlu membuat himpunan pelaburan atau portfolionya tersendiri mengikut kemampuan dan keupayaan pengurusannya. Cara ini merupakan cara yang amat berkesan dalam usaha meningkatkan kematangan berfikir dalam pembangunan modal insan. Tidak terkecuali kakitangan kerajaan khususnya yang terlibat dalam bidang khusus seperti pertanian, perdagangan dan sebagainya. Peluang pengetahuan, jaringan dan pasaran yang dibina semasa menjawat jawatan tersebut bukan untuk dibawa ke pencen atau mati tetapi proses menyekolahkan mereka supaya bersedia menyahut cabaran lebih getir dalam industri. Mereka sewajarnya meninggalkan jawatan kepada generasi muda dan berkecimpung industri dengan lebih berani. Lompang yang ditinggalkan bolehlah diisi oleh barisan penganggur yang baru putik untuk melalui proses yang sama.

Advertisements

August 12, 2009

Pencemaran Insani

Filed under: General — Tags: — mnour's IMPian @ 6:47 am

Apabila sesuatu berada di dalam keadaan semulajadi, maka ia dianggap bebas dari sebarang pencemaran. Apabila kita sebut tentang sungai yang bebas dari pencemaran, kita akan dapati bahawa sungai tersebut boleh menjalankan fungsi kebiasaannya iaitu mengalirkan air, boleh digunakan serta memenuhi keperluan yang dipiawaikan ke atasnya oleh makhluk lain. Apabila berlaku pencemaran, peranannya juga menjadi pincang dan seterusnya memberi kesan kepada prestasi dan piawaiannya berada di bawah piawaian asas yang sewajar ke atasnya. Insan juga boleh tercemar. Sekiranya pencemaran ke atas seseorang insan berlaku, banyak perkara dan peranan akan menjadi lebih rumit kerana insan ini terdiri dari unsur diri yang banyak dan peranan yang pelbagai. Keadaan terbaik atau ideal seseorang insan ialah berada di dalam fitrahnya.

Pencemaran keinsanan boleh berlaku ke atas semua atau sebahagian dari unsur dirinya atau peranannya. Faham unsur, peranan dan kaitan akan menjelaskan jalan keluar kepada insan mencari kefitrahannya semula untuk kembali. Cuba renungi perjalanan hidup yang telah kita lalui sehinggalah umur sekarang. Pasti terdetik di hati kita bahawa terdapat satu peringkat atau peristiwa yang memperjelaskan pencemaran yang pernah berlaku dalam kehidupan sendiri. Detik hitam sejarah lampau umpamanya mungkin menjadi petunjuk kepada keadaan bahawa ketika itu, kita sedang menghadapi pencemaran. Pencemaran tersebut mungkin berlaku ke atas unsur jasmani atau rohani. Kekeringan akhlak yang mahmudah mungkin merupakan akibat dari berlakunya pencemaran rohani. Sakit yang terlantar mungkin disebabkan oleh pencemaran jasmani. Atau mungkin ketika membaca makalah ini, kita sedang menghadapi pencemaran yang sukar dihuraikan.

Pencemaran akhlak, aqidah dan muamalah adalah pokok kepada persoalan pencemaran peranan dan tanggungjawab. Adakah kita mempunyai perasaan buruk sangka terhadap orang, berfikir negatif, sedikit ego atau terlampau rendah diri? Mungkin terlalu mengambil berat akan apa yang persekitaran lontarkan kepada kita membuat kita berfikir sejenak bahawa sebenarnya telah tiba waktunya kita keluar dari pencemaran ini dengan kembali kepada fitrah.

Fitrah mengajak kita mempersoalkan kembali peranan dan perkaitan dengan Pencipta. Fitrah mengajak kita muhasabah kejiwaan, pencapaian, peranan, penerimaan, sumbangan atau apa saja yang perhisabkan. Kalaulah telah pasti tentang diri yang berada dalam cengkaman pencemaran, perincikan setiap satu dan mulalah mengatasi pencemaran tersebut.

Aku seorang yang mengamal sikap yang sentiasa ego dan self-centred? Aku seorang yang terlalu rendah diri hingga tiada keyakinan diri? Kegagalan adalah milik mereka yang tidak sedar dan hanyut dalam pencemaran…. carilah pencemaran tersebut….atasilah dengan kepastian fitrah dan kecenderungan kita.

Berdiri atas aqidah yang sebenar. Beramal dengan muamalah sebenar. Berperananlah seperti akhlak yang sebenar…. Siapa lagi yang merasa dirinya rugi, sedarlah bahawa mereka sedang dalam alur pencemaran. Siapa yang tidak sedar dan merasa diri hebat, mereka juga hanyut dalam alur pencemaran. Allah menduga insan dengan kepayahan dan kesenangan, terpulang kepada diri masing-masing.

Allah menduga setiap insan untuk menyedari dan mengingatkan tentang fenomena pencemaran insan. Setiap kali tiba dugaan Allah, maka pencemaran yang kita cuba perhalusi dan mencari jalan keluar.  Berdirilah di atas fitrah insani agar pencemaran dapat dijauhi.

August 10, 2009

Plug in Al-Quran in word

Filed under: General — mnour's IMPian @ 1:05 am

Untuk menulis ayat al-quran dalam MS word, bleh try link ni:

http://myquran.org/msword/

August 7, 2009

IMP (Islamic Manufacturing Practice)

Filed under: General — mnour's IMPian @ 1:14 am

logo-imp

IMP Pengeluar Dan Pengilang Produk-Produk ”Halalan Thoyyiba” Bertaraf IMP (Islamic Manufacturing Practice) ialah suatu piawaian yang bertaraf pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fizikalnya (yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram) malahan juga suci dari rohaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal iaitulah ISLAM.   Piawaian IMP bukan sahaja memenuhi kehendak Islam malah juga mematuhi dan memenuhi Piawaian yang telah ditetapkan ke semua badan-badan dan pengilang-pengilang.

” Halal itu jelas dan haram itu pun jelas. Di antara keduanya tidak ada perkara yang samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya…. ”

Pengusaha yang ingin melibatkan diri dalam pembuatan produk berasaskan ”Halalan Thoyyiba” Mestilah :

Mengetahui persoalan hukum pembuatan produk
Mempunyai ilmu-ilmu berhubung dengan persoalan keagamaan
Membekalkan produk yang mengikut piawaian syarikat
Menyedari bahawa penghasilan produk akan menjadi darah daging dan akan di tuntut di akhirat kelak.
Niat untuk menyediakan produk yang halal lagi baik kepada pengguna muslim semata-mata mencari keredhaan Allah S.W.T
Sumber kewangan yang digunakan untuk perniagaan tidak bersumberkan riba.

SITUASI KILANG & BAHAN KILANG & BAHAN

Susunan dalam kilang mengikut syariat
Tidak ada muzik
Ada Nur bacaan Al-Quran
Ada kuliah kefahaman agama pada keseluruhan pengurusan & pekerja 3 kali seminggu
Sumber bahan-bahan mentah hendaklah yang halal dan mendapat pengesahan dari pihak berkuasa dan dari Unit Audit Syariah Dalaman.
Peralatan dan bahan mentah mestilah dibersihkan mengikut piawaian syariah.
Contohnya : bersih lagi suci iaitu mengunakan air muktlak.

PEKERJA KILANG IMPRJA KILANG IMP

Pekerja mestilah Islam dan beriman kepada Allah S.W.T dan Rasulnya (menutup aurat)
Mengetahui dengan sungguh-sungguh hukum thoharah yang berhubung dengan dirinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah.
Mengetahui tentang air muktlak dan air mustakmal.
Kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa-doa dan bacaan-bacaan yang perlu dibaca proses pengilangan.
sentiasa ada air wudhuk.
Mesti memulakan dengan Bismillah dan Doa-doa khusus.
Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.
Perempuan yang Haid di pindahkan dari bahagian pemprosesan buat sementara waktu ke bahagian yang lain.

HIKMAH IMP

Produk yang mampu merubah diri manusia mestilah datang dari kesucian tangan-tangan yang mengusahakannya iaitu suci rohani dan jasmani. Memadai dengan wudhuk yang sentiasa ada pada operator dan diiringi dengan bismillah di permulaan bekerja serta doa-doa yang di khususkan, nur tersebut akan melimpah masuk ke dalam produk yang akhirnya kita ….

Terlepas dari produk yang ragu-ragu dan terlindung dari kemurkaan Allah.
Ianya akan menjadikan kita lebih taat akan perintah Allah dan Rasul.
Memakan makanan Halalan Thoyyiba Insyaallah akan merubah 4 perkara iaitu:

PERMIKIRAN – PERASAAN – JIWA – BUDI PEKERTI

PANDANG YANG SATU DALAM YANG BANYAK DAN PANDANG YANG BANYAK DALAM YANG SATU

Blog at WordPress.com.